Salam, maaf sebab lama tak update. Ada masalah teknikal dengan Live Writer. Sejak akhir2 ni sumer benda nak kena block.. benci betul la. Pasukan Keselamatan Kasukabe, adakah anda semua terlibat?? Ok, kembali ke pangkal jalan...
Tinggal hanya lebih kurang 11 hari sebelum Nadhirah mula bersekolah. Isnin lepas aku sempat pergi beli buku sekolah Nadhirah. Senarai buku yang seperti dalam senarai di bawah. Total RM66.30. Eh, terlupa lagi nak claim..hehehe
Jom tengok persekitaran sekolah Nadhirah...
Hmm, budak sekolah rendah dah boley main bola keranjang ker? Musykil sekejap..
Yesss.. boleh la mintak diskaun.
Peralatan sekolah Nadhirah dah hampir lengkap. Walaupun ada beberapa benda lagi yang perlu dibeli / dibuat.
Check-List untuk aku:
- Potong lengan baju sekolah Nadhirah yang panjang itu
- Basuh dulu kesemua baju sekolah
- Jahit lencana kat baju. Antar ke tailor…
- Balut semua buku..
- Tulis nama kat buku. Kalo aku tempah rubber stamp nama Nadhirah aci tak???
- Make sure semua peralatan tulis mencukupi.
- Beli botol air, bekas makanan.
- Tudung untuk sekolah agama
- Kain hijau untuk sekolah agama
Sekian..
0 comments:
Post a Comment