Perancangan bercuti di Melaka berjaya juga Akhirnya. Walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi, namun kami redho. Dol redho....
Bertolak dari BSP, konvoi 3 kereta (Aku, Kaklong, A.Ngah). Kesesakan jalan raya menambah rencah serta keterujaan kami ke Melaka. Turut disertai hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Ok, bab kilat tu aku tipu.Jem bukan sahaja di highway, malahan juga di Bandar Melaka. Tengokla tu, dah le jalan sehala. Tak dapat nak pusing ke mana-mana. Follow aje la traffic jammed tu. Dengan perut yang lapar.. hujan pulak kat luar.. isk..isk. Sadis betul.
Apa yang boleh di lakukan jika anda terperangkap dalam kesesakan jalanraya?? Tiru aksi Danish kat atas tu kalo korang berani. Nescaya abg polis trafik berfikir 2x untuk menahan korang. Aksi regangan otot di atas hanya boleh dilakukan oleh mereka yang pakar dan terlatih sahaja. Harap maklum.
Target mahu ke Taman Buaya dulu. Alhamdulillah, tercapai akhirnya. Tapi hanya setakat di depan pintu masuk sahaja. Kerana tempat letak kereta semuanya penuh. Dapat ambik gambar sign-board pun jadilah.. boleh masuk blog. Misi=G.A.G.A.L.
Walaubagaimanapun, Abg D berjaya bergambar bersama SAPI milik Rajoo (Geng The Movie). Sapiiiiiiiiiiiiiii...!! Go!! Bangga sebentar Abg D kerana berjaya bergambar dengan selebriti.. hehehe
Sebelah malam pulak, secara tidak sengaja kitorang ter-singgah di Melaka River Pirate Park. Ada mainan kapal hayun2 dan menatang bulat pusing2 seperti Eye On Melaka tu. Yg ni Mini punya la..
Pernah dulu aku tanya Nadhirah, dah besar nak jadi apa? Dia kata nak jadi Veterinar. Bagus.. Aku tanya Danial pulak, dah besar nak jadi apa? Danial kata nak jadi "Lanun".. Adeh, terkujat aku. Oleh itu, aku memperkenalkan kepada beliau bagaimana rupa lanun sebenarnya. Lebih kurang gambar kat atas tu.. harap2 beliau paham..
Aku terpaksa naik sebab budak2 bertiga tu nak naik. Ish.. tak suka betul..
Aku rasa turun temurun dari Abah ler. Sebab abah langsung taknak naik..
hahahahha...
Okey, nantikan hari ke-2 di Melaka.
0 comments:
Post a Comment