Lunch hour tadi aku pergi My*din Putrajaya. Humangaih.. punyerlah ramai manusia. Parking penuh sampai ke belakang. Aku slowly drive ke bahagian depan and suddenly nampak sebuah kereta pakcik tu tgh stand by nak keluar sambil sejukkan kereta dia. (buka sume pintu untuk keluarkan haba panas).
Tiba-tiba datang sebiji kereta kia kaler itam (wah.. siap describe kaler lagi) parking sebelah kanan kereta aku. Which is itu bukanlah tempat parking sebenarnya. Tempat parking kereta pakcik tu pulak sebelah kiri aku. Jalan tu memang sempit, hanya muat2 satu kereta. Aku fikir, minah Kia ni kalau parking sini memang susah nanti pakcik tu nak keluar. Tapi takderlah pulak aku nak sound minah tu kan, walhal dia ada je dok kat dlm kereta.
Telahan aku betul. Memang susah pakcik tu nak keluarkan kereta dia. Kejap reverse, pastu kedepan. Riverse lagi, kedepan lagi. Gara-gara kereta Kia minah yang parking di tempat yang tak sepatutnya itu. “Ni kang mau tercium pulak vontot Kia nie…” aku agak2 ler, bila tgk pakcik tu susah sangat nak keluarkan kereta dia.
DUM!!!! Betul pun tercium vontot kereta Kia tu.. heheheh. Aku perhatikan ajer dari dalam kereta. Padahal boleh sangat aku nak tekan horn supaya pakcik tu perasan yang dia nak cium vontot Kia tu. Nak tekan ke, tak? Nak tekan ke tak? Pikir2 balik, apesal aku nak sebok2 jagakan kereta Kia tu. Walhal owner dia sendiri taknak jaga elok2 dengan parking di tempat yang betul dan tak menyusahkan orang.. Jahat ke aku? hehe,, nakal sikit aje la..
Alhamdulillah le, kedua-dua kereta tu tak apa2. Setakat tercium sikit jer, takder kemek pun. Nasib baik le pakcik tu nampak penyabar. Kalo kena orang yang tak sabar @ panas baran camno? Silap hari bulan makan penampar le minah Kia tu..
Moral story, parking lah kereta anda di tempat yang betul. Apa salahnya berjalan jauh sikit.. boleh bakar kalori yang berlebihan tu. Hidup jangan nak pentingkan diri sendiri dan menyusahkan orang lain, tak baik tau. Dosa .
Take care semua. Bye.
*Korang paham ke tak situasi kat atas ni? Buat2 paham la yer, Aku malas nak buat diagram.
0 comments:
Post a Comment