Saturday, May 29, 2010

Aku sangat merinduimu..

image

Emak...
Kita rindu nak cium tangan Emak.
Kita rindu nak cium pipi Emak.
Kita rindu nak dengar hilai tawa Emak.
Kita rindu nak dengar leteran Emak.
Kita rindu nak tengok senyuman Emak.
Kita rindu nak rasa masakan Emak.
Kita rindu sangat-sangat kat Emak.
Tak dapat nak describe macam mana rasa rindu kita pada Emak.


Emak...
Allah lebih sayangkan Emak.
Mak pergi jua tanggal 12 Jun 2007, dikala usia Emak 59 tahun.
3 tahun lebih Emak menanggung sakit.
Kita bersyukur kerana sempat bersama Emak di hari-hari terakhir Emak.
Kita dapat temankan Emak menunggu 'esok' hari.
Kita berpeluang mandikan Emak untuk terakhir kali.
Kita dapat juga hantar emak ke destinasi Emak yang terakhir.
Kita dapat bantu siapkan tempat persemadian Emak.
Kita bersyukur sangat sebab diberi peluang keemasan sebegini.


Emak...
Emak umpama sudah tahu masa untuk pergi.
Emak minta kita masakkan lauk kesukaan mak.
Kita suka tengok mak makan dengan penuh berselera.
Kita dan Kaklong takkan dapat lupa 'detik' itu.
Kita habiskan masa bersama, melayan Emak berceloteh itu dan ini.
Urut dan lap badan Emak bila Emak rasa tak selesa.


Emak...
Sekarang, kita rasa lonely.
Tanpa Emak, hidup kita rasa lain.
Memang kita ada family sendiri.
Tapi, tanpa insan yang bergelar Emak, hidup kita tak complete.
Kalau ada khabar gembira, Emak orang pertama yang kita beritahu.
Kalau hati gundah gulana pada Emak jua kita mengadu.
Bila sakit nak bersalin, kita nak Emak ada disisi selalu.
Kita pasrah dengan takdir Illahi.
Kepada Allah Emak telah kembali.
Semoga bahagia menjadi milik mak yang abadi.


Ya Allah,
Kau ampunilah dosa-dosa Emak yang telah lalu.
Tempatkanlah dia bersama hamba-hambamu yang Engkau kasihi.
Berikanlah dia sahabat yang lebih baik dari sahabatnya di dunia.
Kurniakanlah dia kesihatan yang lebih baik dari kesihatannya di dunia.
Doa kita sentiasa mengiringi Emak.
Berbahagialah Emak di sana.
Kita rindu sangat-sangat kat Emak.

 

*Ini adalah entry ulangan.

Sunday, May 23, 2010

Best pulak lagu ni

Kebahagiaan Dalam Perpisahan (Shahir AF8)


Tak perlu ucapkan sepatah kata
Kerna lantang terbaca dari muka
Kau dan daku sudah tiada
Keserasian di jiwa
Mungkin magisnya sudah hilang

Tak perlulah kita mencuba lagi
Betulkan kesilapan perhubungan ini
Bila setiap perbincangan
Menjadi perbalahan
Manakah agaknya cinta pasti

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur

Seperti cinta kita yang jelas ternyata
Semakin lama oh semakin rekah
Menimbulkan tanya, apa mungkin kita
Temu kebahagiaan dalam perpisahan..

Usah titis air mata kau tangiskan
Ku dah cukup menampung selautan
Begitu lama ku pendam
Tapi hanya berdiam
Kerna cuba menafi realiti

Kebahagiaan… dalam perpisahan…

Lagu/Lirik: Edry Abd Halim

 

Sumber: http://www.koleksicinta.co.cc/2010/05/lirik-lagu-kebahagiaan-dalam-perpisahan.html

 

Nota Kaki: Aku tak pernah tengok diari atau konsert AF8. Tak berminat. Terpaksa tengok jika tetamu di rumah nak tengok, ataupun jika tuan rumah (ketika diri sendiri menjadi tetamu) yang nak tengok. Maka terterngok jugak le Final AF8 Sabtu lepas. Jatuh cinta pulak dengan melodi dan lirik lagu si Shahir ni. KRU yg cipta, no wonder la best je..

Thursday, May 20, 2010

Untuk yang merindui…

…ku.

 

IMG_0423 Selamat berhujung minggu kepada semua. Maaf tak dapat nak update blog seperti biasa. Macam-macam hal sedang berlaku. Semoga kita semua dilindungiNya selalu..

Saturday, May 15, 2010

Bila kamera ku dicuri….

 

……pakai.

 

Curi pakai aje.. :p

 

Tengokla aksi dan gaya perasan cun oleh anak-anak dara termasuk jugak anak dara yang berdarah manis itu. Wah, kembang setaman nampaknya hidung Cik Olin.

IMG_0616 IMG_0614IMG_0619

IMG_0628

IMG_0627

Terselit seekor kumbang di situ…

IMG_0612

IMG_0631

Ops… agak-agak diorang tengah buat apa tu eh??

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

IMG_0591

IMG_0592

Wednesday, May 12, 2010

Cobaan…

Tension…tension. Dah seminggu gagal mengudarakan diri di alam maya. Ni semua gara-gara berukband yang semakin hari semakin menyakitkan hati.

Dulu pakai kompeni biru, apelagi kalau bukan CELCOMonyet itu. Serupa guna GPRS line aje. Terhegeh2 macam sang kura-kura.

 

Now guna kompeni ijo, MAXISongeh. Bulan pertama memang ekselen. Siap bole layan streaming House MD lagi. Tapi masuk bulan ke-2, hampeh berganda-ganda. No more 3g line, cuma GPRS. Masalahnya gprs tu pun tak stabil.. Bayau bukan main mahal, RM98/mth.

 

Bengang punye pasal, tadi g beli DIGI Prepaid Berukband pulak.. Apek tu kata, mesti ada line punyer.. sekali aku test, hampasssss. takde 3g, cuma GPRS. Dah tu failed to connect pulak…

 

Ishh.. malang bertimpa-timpa.

 

Nampaknya ISP di Malaysia belom boleh dibanggakan lagi. Yang boleh bangga bab promo aje la. Bab nak hentam pesaing, no 1 ler. Tapi servis sangat mengecewakan.

 

Aku yang sanagat kuciwa…

:(

Sunday, May 2, 2010

Bersiaran langsung dari Batu Pahat

Assalamualaikum,

 

Saya sekarang berada di hospital salah sebuah hospital swasta di Batu Pahat. Menziarah bapa mertua yang telah menjalani pembedahan membuang batu karang di dalam pundi kencing.

 

Alhamdulillah, pembedahan berjaya. Dan sekarang tiub catheter telah dicabut. Abah  perlu minum lebih banyak air supaya lebih cepat pulih. No more ali*cafe ye!

 

Harap abah akan cepat sihat.. dan boleh pulang ke rumah secepat mungkin.

 

Doakan kesejahteraan abah ye, pembaca semua.

 

Wassalam.

Wednesday, April 28, 2010

Rehat sebentar

danial_balqis

danial_balqis2

dan pemenangnya jatuh kepada…

Ibnu Mustakim

Aku tak heran camana Encik Ibnu Mustakim ni yang menang. Dia sememangnya seorang smoker yang aktif dalam ertikata lain perokok tegar. No wonder dia boleh tahu pasal gadjet tu.. hehe. Betul tak Encik Ibu Mustakim???

Jangan risau, hadiah akan diberi seperti yang dijanjikan. Sila beri no akaun m*ybank saudara kepada saya melalui button Hubungi Saya (kat bawah header) ataupun melalui email pun boleh…

Tahniah Encik Ibnu Mustakim. Sedikit persoalan untuk encik, dah pernah try ke electronic cig tu? Saya dah banyak kali cuba.. takder la best mana. Buat kebas lidah jer.. hehehehe.

IMG_0474

Rupa sebenar

IMG_0476

Isi

IMG_0477

Rokoknya.. Bila hisap, bhgn depan tu akan menyala seakan terbakar.. Ia juga menghasilkan asap yang berupa wap air.. lawak seii…

IMG_0480

The complete set

Bila charge on, indicator biru di atas kotak tu akan menyala..

Tuesday, April 27, 2010

Kalau tuan bijak bistari….

…apakah gerangan benda di bawah ini??

 

 

heaven

Sebuah kotak hitam berserta charger-nya sekali. Kotak apakah itu? MP3 player kah? Digital camera kah? Ipod kah? Dopod kah? Handphone kah?

Ops, terlebih sudah memberi clue

 

Mari..mari.. teka cepat. Jika anda berjaya saya akan menghadiahkan anda RM10.00 terus ke dalam akaun M*ybank anda. Dengan syarat anda sememangnya telah mempunyai akaun M*ybank ler....l

 

Ini betul-betul.. bukan cobaan!

 

*Peraduan hanya dibuka sehingga pukul 12.00 tengahari ini, 28 April 2010. Selepas waktu, itu sebarang rayuan tidak akan dilayan.. :p

Tuesday, April 20, 2010

Buat apa tu hah???

IMG_0413Kelihatan Danish di situ.. Dia sendiri tarik kerusi ke situ. Ape benda agaknya yang budak kecik ni buat…

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

IMG_0417

Ler…… dia main masak2 dalam peti sejuk rupanya. 2 biji telur menjadi mangsa.. Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

IMG_0418

Bahan bukti

Aduhai…. Mummy ko dulu main masak-masak gak masa kecik2. Tapi takder la guna bahan betul. Petik daun2 pokok jer, konon sebagai sayur. Tak pernah terpikir nak rembat telur dalam peti ais. Dan tak pernah terpikir nak main masak2 kat dalam peti ais tu sendiri……

Uwa….

Sunday, April 18, 2010

Bakal Pelumba F1 Negara, Tahun 2025.

IMG_0348

Mengancam tak saya pose macam ni? Ini saya pose sendiri, bukan mummy ajar. Saya dah besar dan suka bergambar. Sila salahkan mummy untuk itu.

IMG_0345

Tunggu la saya besar sikit lagi. Tertinggal 10 tiang le korang…

IMG_0347

Aisey, sekali tenggelam pulak budak botak ni. Takpe dik, lenkali datang kita bawak bantal ye?

IMG_0349

Danish yg rambang mata, tak tahu nak pilih kereta mana satu..

semua nampak best. Kecuali kereta Daddy, sbb gemuk sangat.. tak bole laju.

IMG_0354

Lesen belom dapat, jadi penonton dulu la..

IMG_0369

Cheeeese!

IMG_0380

Adui… gaya tak bole blah. Anak sape la ni…

IMG_0378

I’m ready to race

IMG_0412

Pit stop?

IMG_0408

Gadis litar…

Alamak, pakai selipar jepon je? Potong betul la..

Sebenarnya, aksi2 di atas di rakam ketika menemankan Daddy berluma Go-Kart di Litar Go-Kart Sepang hari Jumaat yang lalu. Daddy race dengan kawan2 opis Daddy, ramai jugak. Paling best daddy menang tempat ke-3. Hehehe.. tak sia-sia Mummy datang, bagi sokongan. Gambar Daddy race? Err.. nanti ye.

Bapa Mertua ku…

Abah warded petangJumaat. Plan asal cuma ke klinik biasa, tapi doktor arahkan utk masuk wad sbb keadaan abah tidak memuaskan. Maka bermalamlah abah di Putra Specialist Hospital, Batu Pahat.

 

Pagi semalam, kitorang anak beranak bertolak terus ke sana menziarah abah. Ramai rupanya.. mak, apis, noren, kojek & family, kakak dan anak2, pejul & family, cik bedah, cik sal pun ada. Kecoh macam kenduri…

 

Sebab utama abah ditahan adalah asma. Then ada pulak kencing kotor. Hari ni katanya nak scan buah pinggang dan paru-paru.

 

Semoga Abah cepat sembuh, seperti sediakala. Tak seronok lepak ngan abah kat hospital.. rumah abah yang besar tu pun, tak cukup tanah cucu-cucu abah nak lari. Inikan pulak kat hospital yang comel tu.. :) Rajin2 makan ubat dan ambil neb yer..

 

 

 

IMG_0458 IMG_0459

IMG_0460

IMG_0461 IMG_0462

Sekian.

Tuesday, April 13, 2010

Aduhh.. gi mana nih??

Image0064

Kualiti gambar tidak mememuaskan kerana hanya menggunakan kamera talipon yang tidak cukup canggih. Apapun saya berterima kasih dengan talipon free itu.

 

 

Tarikh: 12 April 2010 @ Isnin

Masa: Lingkungan waktu maghrib

 

Catatan:

Masa tu aku mandi kat atas. Lepas mandi bukak pesbuk jap sebab tak sabar nak tgk pic org BCH senor-keling kat Redang. Sambil layan fb, sayup2 kedengaran bunyi air bercucuran di toilet bawah. Selang seli dengan hilai tawa Danial dan Danish.. Rasa tak sedap hati.. budak berdua tu takkan hanya main air sampai excited sebegitu rupa. Terpaksa le meneropong diorang kat dlm toilet.

 

Terkejut gila bila nampak gunting di tangan Danial. Danish pulak dah basah kuyup dengan seluar baju. Ohhh.. Danial bukak saloon rupanya, dan mangsa adalah Danish. Hasilnya macam gambar tu le. Cantik bukan? Sopak rambut adik dikerjakan Danial.. sampai nampak kulit kepala. Ni kalo guna mesin tebas rambut macam kat kedai tu, yang NO 1 la.

 

Oh.. sangat tensi bila melihat rambut Danish skrg ini. Tak sabar betul nak pergi botakkan kepala dia. Tengokla esok kalo sempat..

 

Apapun, sangat2 bersyukur sebab tak terpotong telinga Danish. Kalau tak betul la ada yang kena ganti dengan TELINGA GAJAH.. hehe.

 

Lesson learnt!

Thursday, April 8, 2010

Makanan Arab, korang pernah cuba?

Ini semua adalah idea En. WGS. Dia tu, tanyalah ape sahaja tempat makan yang spesial. Insya Allah dia leh tunjukkan. Ko nak makan makanan Arab? Makanan Cina? Makanan Siam? Makan atas daun pisang? Nak makan rumput aje (vegi)? Tempat yang dia tunjuk bukan calang-calang. Sediakan aje $$$$ cukup2.. :P

IMG_0093 Lokasi: Sri Petaling

Antara menu yang ditawarkan…

IMG_0056

IMG_0057 IMG_0058 IMG_0059 IMG_0060 IMG_0061

Dan yang paling tak boleh bla adalah….

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

IMG_0062

Sekor kambing elok je terduduk atas nasi beriani korang.

Tak sanggup aku nak makan. Lain macam je rupa dia..

hehehe

Jadi apa yang kitorang order?

IMG_0073

Tomato Soup by En. Wgs

IMG_0080

Samosa by Kojek

IMG_0082

Sepaigeti by En. Danial..

(Danial mmg panggil sepaigeti…not spaghetti)

IMG_0091

Lamb grill

Sedap.. berebut makan dengan Danish.

Suka kambing rupanya budak kecik tu…

IMG_0092

Tu dia..

Muka happy dapat makan kambing.

IMG_0081 IMG_0083

IMG_0071

Suasana di dalam restoran.

Sila abaikan wanita berbaju merah itu.

Tak sengaja ter-interprem. Tido pulak tu..

IMG_0072

Hiasan dinding yang sungguh tidak mesra kanak-kanak

IMG_0068

Cubaan mempelbagaikan gaya subjek

IMG_0075

Oh.. saya suka berkeadaan begini.

Si Dia melayan si kecil manakala saya dengan senang hati menyuap makanan ke mulut sendirii..

Sedikit keji disitu.. sila jangan tiru.

IMG_0086

Beginilah selalunya..

Saya mengambil gambar orang lain dengan begitu cantik, tetapi gambar saya hanya sipi2 begini. Tangan pun hilang. Isk.. DSLR, bile agaknya ko boleh menjelma dalam hidupku?

IMG_0063

Saksikan gelagat Danial. Tak kira makan kat warung ke, McD ke, KFC ke, Hotel ke, Sukahati dia aje nak buat apa. Toksah kata makanan bertabur kat lantai, sudu garfu pun ikut sekali.. Meja kitorang dah macam kena langgar garuda aje. Nasib le kan. Apa guna bayo service tax mahal2.. wakakaka. Tu pasal aku suka makan kat kedai.

Sekian