Thursday, July 30, 2009
Kurang sihat
Monday, July 27, 2009
Angkara 20sen...
Salam..
Amboi, lama gila tak ber update.. Sori la yer. Dok kat opis baru ni, kena usha line dulu. Takleh nak tunjuk taring, kang kena tendang keluar naya jer..hehe.
Ok.. mari kita mulakan ruangan gossip Cik Kiah Kecoh..
Kitorang kat umah ni dah 2 bulan tak tengok astro. Since ada kerja2 penambahbaikan kat umah, tv telah diangkut ke tingkat atas. Maka atas inisiatif hubby, dekoder astro juga dialihkan ke atas. Wayar cuma lalu kat tingkap, untuk sementara je kan.. ape kes nak tebuk menebuk lobang pulak.
Semuanya ok masa tu, boleh je layan astro.. cume yang payahnya, kena tgk kat atas. Menjadi sedikit masalah ketika aku nak masak kat dapur, budak 3 orang tu sumer kat atas. Askar aku yang 2 orang tu tak boleh di jangka. Silap2 boleh banjir tingkat atas ni, kalo diorang dah berkubang dalam bilik air tu.. Maka aku terpaksa menggunakan khidmat penyampai maklumat, iaitu Nadhirah. Kejap2 aku terpekik mcm ni "Kakak..!! Danish & Danial buat apa???!" Korang bayangkan, aku kena ulang menjerit ayat tu setiap 15 minit.. adoi.. macam tarzan dah ni. Mungkin penyelesaian terbaik masa tu adalah untuk memindahkan sekali dapur gas aku nak ke atas.. heheh
Sehinggalah pada satu hari, Astro aku takder signal. "No service is currently available.. bla.bla..bla" Ish.. apehal pulak ni? Mula2 ingatkan sebab hari hujan, maka tiada servis. Tapi bile matahari dah tegak atas kepala pun, keadaan masih sama.. so bukanler sebab hujan. Kemudian kitorang mula menuding jari kepada pekerja2 indonesia yang kerja kat luar umah. "Agaknya diorang ni ada usik kuali astro kita.. ntah2 diorang dah terpotong wayar astro kita.. " dan berbagai2 spekulasi lain. Aku sendiri telah menjadi suspek utama kes ni . Sebab, ada sekali tu aku tutp rapat2 tingkap yang menjadi laluan wayar astro tu. Dikhuatiri wayar tu tercedera dari dalam.. tak nampak dengan mata kasar...
Tension bila astro takder. Bukan apa, susah sket aku nak handle budak2 ni. Selalu tu diorang akan terpaku depan tv melayan Little Einstein, Dibo, Mickey Mouse Clubhouse dan lain2.. Masa tu la aku gunakan untuk bersilat kat dapur sediakan mkn malam. Bile sumer tu dah takder, maka diorang mula bermain mainan. Bermain=bersepah. Bila umah dah bersepah mulalah, suara cik Ponti aku pun keluar.. dah main, bukan reti nak kemas. Aku asyik la tersepak mainan diorang.. hadoi, menguji kesabaran aku yg memang tak sabar ni!
Nak mintak astro repair, rasa rugi pulak. Yelah, sekali datang je diorang caj RM50. Itu belum tukar barang lagi. Memang cekik darah betul. Aku try mintak tolong kat husband Kavitha. Tapi timing kitorang tak kena.. bila aku free, si Ganesh keja. Bila diorang free, aku pulak takder kat umah. Hmm, takder rezeki nampaknya nak jumpa si Ganesh tu.. :P
Aku dah hilang sabar ni.. aku amik gunting, ZASSSS aku potong wayar astro tu. Kononnya, bila dah potong dapatlah sambung sendiri, guna salotape ke, masking tape ke.. rupa2 tak boleh.. hahahaha.. mari gelakkan diri sendiri.
Akhirnya, semalam aku terpaksa juga call astro. Mintak technician datang tengok. Selang 2-3 jam pastu sampaila technician diorang ke umah aku. Dia kata kalo reconnect wayar yang putus tu, takder caj apa2. Cuma RM50 tu je. Aku pun lega. Tiba2 hubbby aku pulak nak split astro ke tingkat bawah.. aduiyai, kena tambah pulak lagi RM50. Dah jadi RM100.. takperla, esok2 senang la kalau ada tv 1 lagi kat bawah..
Bila diorang habis je buat wayering, cuba lah ON kan astro tu.. keadaan masih sama. NO SIGNAL. Aku dah pelik.. ape hal pulak ni. Suspek kuali astro prob kot... gi godek2 kuali astro tu, ok pulak. Takderla longgar ke, bengkok ke. Last2 technician tu gi amik dekoder lain dalam kereta dia utk test, kot2 dekoder aku yg problem.
SAH!!! Memang dekoder aku yg bermasalah rupanya.. bukan pasal wayar mahupun pasal kuali astro. Sekali dia goncang2 dekoder aku tu, ada bunyi duit syiling.. haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa?? Bila masa pulak dekoder astro aku berubah jadi tabung pulak ni?? Aku tak percaya, aku amik dekoder tu, pastu tonggeng kan dia.. maka jatuhla syling 20sen cam gambar kat atas tu.. Uwaaaaaaaaaaa.. nak nanges pun ada, nak marah pun ada, rasa nak terjun sungai pun ada..
Aku dah boleh agak sapa suspek utama dalam kes ni. Tak lain tak bukan adalah DANISH. Dia ni memang minat menabung. CD player kereta aku pun dia dah masukkan, ntah baper sen aku tak tahu. Tapi memang takleh nak pasang CD dah. Pastu, kat radio kereta Atok Salleh pun dia dah buat, cuma kitorang dapat keluarkan balik sebab masa dia buat tu kitorang ada kat situ. Kat radio innova pun samer gaks.. tapi dia tak masukkan syiling, dia cuba masukkan kas touch & go.. Sib baik le kad t&g tu besar. Kalo sama saiz macam sim kad, tak selamat innalillah le radio tu...
Okey, sambung balik kes astro aku tu. Oleh kerana dekoder aku dah rosak, maka perlulah dihantar repair. Kos repair pulak adalah RM80. Kalu nak beli dekoder baru, RM200++. Aduiyaiii, Danish.. Danish!!! Lari budget mak ko bulan ni nak..
Nasihat aku, kepada korang yang mempunyai anak seusia Danish, dah sebijak Danish.. korang tampal la lobang smart card astro yg ke 2 tu.. jangan dibiar melopong. Nanti ada pulak entiti2 yang tak diperlukan bertapa dalam dekoder korang..
Sekian alkisah 20sen..
* dari aku yang tensen. Tak pasal2 pekerja indonesia kat luar tu kena tuduh.. isk, kena mintak maaf le japgi. Camner nih??? heheheh.. bg kad raya je boleh tak??
Sunday, July 19, 2009
Bersiaran dari pejabat baru
Salam semua,
Nantikan update dari mami-sue ke? hehe.. sori la yer. Kalo weekend memang tak sempat nak update. Banyak sangat kerja kat rumah. Tunggu weekdays baru le free sket. Ni pun sementara mengulor..., esok nanti kalo dah masuk tempat baru.. entah macam mana. Harap2 masih ada masa untuk mengular.. hahah.

penuh tu sbenarnya. sbb ramai w17 lapor diri hari ni..
masa ni kosong sbb diorang kuar makan.. dan aku lah yg jadi penuggu.. huhuhu

sbb aku pilih tempat ni adalah kerana terdapat plug kosong disini.
bateri notebook aku abes...

hehehe
Thursday, July 16, 2009
Aksi anak-anak di Taman
Ahad lepas sempat bawak anak2 beriadah kat taman permainan. Kesian diorang dah lama sangat ajak main buai. Tapi memandangkan weekdays sampai rumah pun dah lewat, maka kena tunggu hujung minggu.
Daddy belikan saya selipar baru. Selipar saya hilang kat Alamanda masa tgk movie hari tu.. sape ntah curik selipar saya.. jahat betul dia.
Gajah berkaki empat, gelek-gelek..
Hidung tersangat panjang, gelek-gelek...
Gading besar yang dua, tapi gajah tak makan orang...
GELEK-GELEK!!!
Dialog palsu jer nih.. ntah ape dia buat sebenarnya aku pun tak tahu..hehe
"Ha.. padan muka. Dari tadi mummy dah pesan jgn main kayu tapi Abg taknak dengar.. " Mummy membebel.
:)
Wednesday, July 15, 2009
Pink roses
Saja nak tayang pic hasil rakaman kamera kecik saya. Cantik tak?? Kalo ada yang berminat nak buat wallpaper, saya boleh bagi. Sila tinggalkan alamat email di ruangan komen. Saya akan berikan anda gambar asal yang beresolusi tinggi dan tiada watermark. FOC!
Paling banyak pernah saya dapat bunga ros adalah sebanyak 21 kuntum, pada hari lahir saya yang ke-21 beberapa tahun yang lalu.. beberapa ke? heheh.. Siapa yang bagi? Tak lain dan tak bukan, pakwe saya la.. yang kini menjadi suami saya. Terima kasih ye Abg!! I lap u.
Rasanya, bila umur semakin bertambah, ni peluang untuk mendapat bunga di hari ulangtahun kelahiran adalah amat tipis sekali. Memandangkan bilangan bunga akan bertambah dari tahun ke tahun. Maka kos membeli bunga juga akan turut meningkat. Saya dapat membaca pikiran suami saya "Daripada Abg bagi Sue bunga sejambak, balik Abang belikan bunga ros hidup yang dalam pasu tu bagi Sue tanam!". Hehehehe..
Tuesday, July 14, 2009
Kejadian di sebalik Lapor Diri

Sekian berita untuk hari ni. Jap gi aku nak g makan.. pastu sambung lagi ngulor. Kalo bwk notebook best sket.. ni kene menumpang tempat orang.. tu yg leceh tu.. aduii..
Monday, July 13, 2009
Durian Runtuh @ INFRA







heheh.. aku pun sama la tu

Aku pulak kata, kalo nak sejukkan badan.. naik atas g minum air sejuk. Tak pun cari le air Badak.. komfem sejuk badan tu!! heheh

Aku nak tolong bersihkan tadi, plastik sampah pulak takder.. maka aku pun meninggalkan tempat kejadian dengan harapan orang yang membersihkannya nanti tidak le maki hamun kami.. heheh
Lagi cerita pasal makan..
Sedey woo.. hari ni diorang buat majlis sempena penghijrahan aku ke tempat baru. Siap ada pulut kuning lagi, macam mengalu-alukan pulak yer?? hahah... gurau jer.
Apapun, terima kasih banyak² atas majlis yang sederhana tapi meriah ni. Susah² aje! Eceh.. merendah diri pulak. Tapi sebenarnya dalam hati girang tak terkira, sebab dapat hadiah.. huhuhu. Best pulak pindah randah ni. Bole kumpul hadiah.. :P The best moment bila dapat sejambak bunga dari Miss N.. uwaaa.. touching betull!


Friday, July 10, 2009
Mai Pekena Bariani...
Semalam kitorang beramai-ramai pekena bariani kat JM Bariani.. Amacam?? Ok ke korang rasa? Kalau tak puas hati, sori la yer.. Next time kalau ada rezeki kita pergi tempat lain pulak.
Tapi ada kejadian yang pelik berlaku semalam.. jeng, jeng, jeng! Nak tahu apa...?? Layan gambar bawah ni dulu...Perhatikan dalam pinggan Hj. Azri, masih ada lebihan nasi yang tak dihabiskan.. huhuhu. Ini merupakan pengalaman pertama aku melihat keadaan begini. Sebenarnyabukan apa, dah ramai sangat yg tak habis, sumer pass kat dia.. sampai tak larat pakcik tu nak makan.. hehe. Apapun, air limau depan Hj. tu mmg marbeles.. sedap. Korang mesti cuba..
Thursday, July 9, 2009
Wednesday, July 8, 2009
Gardenia Delicia

Meh sini aku nak citer sket, pasal Danial dan roti gardenia:
Lokasi: Dlm kereta (on the way ke Nilai Square)
Masa: Lewat petang
Tarikh: Semalam
Sebelum bertolak, Daddy beli air dan roti Gardenia Choc Raisin utk mkn dlm kereta. Danial ambil sekeping roti tu..nak mkn. Sekali aku perati, dia cubit kecik2 roti tu pastu buang kat tepi pintu.. aku tanya kenapa?? Dia kata dia buang TAHI LALAT. Ada tahi lalat kat roti tu katanya... hahahaha.. lawak betul. Tu bukan tahi lalat la Danial. Itu kan choc chip!! Kenapa Danial buang?? Muka Danial blur jer, mcm tak percaya.. mmg dia mati² igt ada tahi lalat kat roti tu. Ngeri agaknya dia nak mkan...
Kitorang sumer pakat gelak beramai-ramai.. Tensen je mamat tu. hehehe.
Nilai Square
Korang pernah tak pergi Nilai Square? Kat sini banyak gila kedai² yang menjual kain. Tak kira lah kain baju ke, kain langsir ke, kain cadar ke, kain pelekat, segala jenis ada.
Kalo ke sana, make sure korang tawar sehingga setengah dari harga di pamerkan. Rajin² la sket, berjalan pilih kedai. Sbb ada sesetengah kedai yg tak bagi langsung tawar menawar.. Pastu, kedai yg aku pergi smlm tu bgtau.. harga upah jahit langsir, dikira RM9.00 sekeping. Ini langsir biasa je, takder kepala punya.. kalo yg ada patern² kepala tu, harga lain pulak. perkaki. Sama gak macam reel langsir. Pendek kata, datang bawak duit jer la. Kalau simple, 1 jam dah boleh siap.. ekpress rakyat betul....
Kat sini juga ada banyak kedai permainan.. askar² aku bila jumpa je kedai mainan, siapla. Boleh nanges guling² kalo tak dapat mainan yg dia nak. Especially Danish. Dia ni mmg tak mkn saman langsung.. Hasilnya, tiap sorang dapat 1 mainan. Nadhirah pilih set mencantikkan diri ala 'princess'.. dan utk hero yg 2 orang tu, penyodok sorang satu.. hehe. Tak paham aku, dalam banyak² mainan, penyodok yg korang beli?? Musykil...musykil. Ni mesti sebab tgk Bob The Builder banyak sangat...
Mlm semalam, Danial tido dengan pnyodok sekali kalo korang nak tahu.. aduh, tensen aku. Boleh dipeluknya penyodok tu macam bantal peluk?? Hmm, macam²!
Tuesday, July 7, 2009
Cerita di hujung minggu yang lalu

Seronok kalau selalu dapat macam ni. Gathering together-gether. Mengeratkan hubungan silaturrahim gitu... peace!
Friday, July 3, 2009
Best Gilllerrrrrrr...!
Ada satu scene tu membuat naluri keibuanku tensentuh.. hampir menitiskan air mata.. tahan beb, tahan! Kang kena kutuk plak ngan si 'N'.. "tgk citer kartun pun bley nangis.. " Aku dah boleh agak ayat tu keluar dari mulut 'N'...hehehe. Sori..
Thursday, July 2, 2009
Tag dari Rina
(Mat Semat Sementol kah?? :P u know who u are)
Sib baik diorang lupa...hahaha
dan boleh tlg cover line bila saya lambat sampai opis.. huhu.. keji gila
naik lift tekan sendiri
atau kata lainnya.. 'EASY GOING" hehehe.
grrr!
pergh. selamat poket aku..
abah, mak, owang datang nih.. sob..sob!!
amin..
hmm, cantik jugak aku yer walau belum mandi..hahaha
Duren..duren
Baru je sebentar tadi saya mengendurikan durian yang dibawa oleh 'N' (identiti dirahsiakan). Pergh.. sedap. Makan tepi longkang pun okey, janji durian fresh dari kebun.. marbeles!!!
Kepada N, terima kasih daun keladi. Lain kali bawa le lagi. hehehe