Setelah 3 hari berturut-turut Danish demam panas sehingga suhu mencecah 39 darjah celcius, akhirnya semalam kitorang dah tahu puncanya... Danish kena demam campak (yg halus2 tu). Patutla demam teruk.. paracetamol syrup pun tak lut. Terpaksa bagi supp Voren @ ubat vontot..hehe.
Danish kena kuarantin kat rumah, takleh g taska. So, terpaksalah Mummy cuti temankan Danish kat rumah. Harap2 big bos tak bising, paham2 lah yer.. anak sakit. Minggu depan 2 minggu berturut2 kena outstation.. hadoiii!!!!! nyampah nyer..
Sunday, May 31, 2009
Cerita Danish
Saturday, May 30, 2009
Update 30th May 2009
Laman kitorang tengah berkecah dan bersepah sekarang ni. Tak boleh nak tinggalkan rumah sbb diorang buat kerja sepanjang siang hari. Harapan saya agar tidak hujan agar kerja-kerja ini boleh diselesaikan secepat mungkin. Kalo ujan malam ok la.. sejuk sikit!!! ehem..ehem... hahahah.. keji!!
isk, sayang pulak tengok rumput tu buang mcm tu ajer.. ni kalo maniam tgk sure sedih. Sbb dia yang tanam...hehe
Budak 3 orang tu dah tak sabar nak pijak simen tu.. belum keras lagi oii. Kang ada pulak footprint korang kat situ.
Tu dia... lobang sudah mari. Danial kata, nanti dia boleh mandi kat situ..hehe. Nak kena gigit dgn ikan kat bontot tu, try la...
Friday, May 29, 2009
Thursday, May 28, 2009
Jem di Sg. Merab
Smlm sangkut dlm jem dekat 20 minit. Huh, dah lama tak kena jem macam ni. Lenguh kaki, tu pun sib baik kereta auto. Kalo manual ntah mcm mana..
Dah le air-cond pulak rosak, dugaan betul. Sabar, sabar.... harap² lepas service nanti ok la. Tak tahan ler, dengan cuaca panas semacam nih...
Caption:-
1-5:
Keadaan jem yang panjang berjela itu adalah kerana terdapat kerja² pembinaan.. sungguh merbahaya, melalui sebelah jengkaut yang garpunya melentok ke kiri ke kanan.. pastu ada pulak lobang bapak besar kat tepi tu.. isk, jangan le si City ni tergesel pulak ngan jengkaut tu. Jenuh nak menjawab nanti...hahaha.
6-8:
Land mark jalan Sg Merab. Sekolah kiblah tu aku taktau camana rupanya. No 7 tu adalah kapal angkasa yang tersangkut di situ sejak 5 tahun lepas. No 8 pulak adalah bistro yang aku baru 2 kali makan kat sana.. tak termasuk sekali kitorang pergi, duduk 15 minit pastu BLAH, sbb takder orang layan... huhu.
9:
tengok la tu, ngeri woo.. petang kang lalu sini lagi. Harap2 diorang dah katop lobang yang mengerikan itu. Lagipun aku baru 2 hari cuci kereta tau... isk. Abesla nanti comot balik...
Wednesday, May 27, 2009
Beras cap Ribbon
Nasi goreng menggunakan beras can Ribbon.. Mesti korang tak pernah beli beras ni.. Aku pun 1st time coba.. sib baik mendapat pujian yang melambung dari en husband.. hihihi. Bangga seh...
Ini adalah acar buah yang dibeli di tesco bulan 3 yang lalu.. tak berapa sedap. Tak fresh. Acar buah kat kenduri kahwen adalah fav saya..
Oleh kerana nasi goreng itu tak pedas langsung, maka alternatif pedas adalah cili api + kicap. Pergh.. berasap.Tuesday, May 26, 2009
Makan² @ Bus Stand Muar
Sabar menunggu ketibaan makanan... Danish over excited sbb dibenarkan order ABC utk pertama kali dalam hidup beliau. Selama ni ditegah!
Rojak petis utk AbgMamat.. 5 * sbb sedap!Monday, May 25, 2009
Kenangan manis bersama keluarga
Tarikh: 4 Oktober 2008
Majlis Harijadi Azim di McD Rawang
Seronok tgk movie ni, happy je semua.. budak2 pun seronok. Tapi bila keluar je maskot McD, semua baby menangis.. takot + terkejut. hehe
Kasih Ibu
Tersentuh melihat gelagat si Ibu bersama bayi beliau yang dikendong ke sana ke mari.. Jika ada bahaya yang datang, cepat² si Ibu mendakap anaknya membawa lari ke tempat yang selamat. Betapa utuhnya kasih si Ibu.. Melihatkan keadaan baby yang comel itu, rasanya si Ibu ni belom 'habis pantang' lagi... :P
Alahai, comel nya baby awak.. CAK!!
Pandai pulak baby tu tgk kamera... heheheSila dengar di saat ke 0.09.. dengar dengan teliti yer.. hahaha. Ada sedikit lawak disitu.. atau mungkin ianya benar??
Danish bermesra bersama monkey. Tak takut langsung. Last sekali sebelum balik, Danish usap kepala monkey tu.. monkey tu cubit lengan Danish..hehe. Terkejut gak dia, tapi tak nanges pun.. anak daddy kan...
Friday, May 22, 2009
Makan² @ INFRA
Hari ni besday man and besday woman INFRA bermurah hati membuat makan². Ada kek, bihun goreng, pizza, jajan dan yang sewaktu dengannya.
Inilah dia orang yang meraikan kawan² sempena hari kelahiran mereka pada bulan Mei.Termasuk Farah (tiada di dalam gambar)
Sebaik sahaja kotak di buka, SERBU!!!!!!!
Lan: Kak Nang, kita bahagi 2 orang. Cepat² masuk tupperware..Kak Nang: Eih, jangan la Lan. Akak malu ko buat camtu..
Lan: Peduli hape kak, saya lapo nih...
hehehe
"Siapakah orang pertama yang mencipta pizza? Adakah beliau adalah orang yang sama yang mencipta lempeng kelapa di kampung saya??? " pikir Aisyah ketika mengunyah pizza.
Beginilah cara makan pizza yang sebenarnye adik².. takyah le guna garpu ngan pisau.. eksen je sumer tu.
Pengadil pertandingan Sapa Makan Paling Banyak. Hj Azri dan En. Zai.
Ustaz Naim sedang membacakan doa. Tengok orang baju kuning tu, doa.. doa jugak. Tapi dia dah standby rembat kopok Cheezels. Nampak tak depan dia tu?? hehehe.. ampun!Thursday, May 21, 2009
Tag dari Mama-Ieja

1. Do you thing you are HOT?
Takderla, biasa2 je. (Ayat cover..baek punya. Nanti org kater perasan pulak..)
2. Why do you like this picture?
Sbb dari dulu teringin nak ada potret sendiri.. dapat buat dlm photofunia pun jadila..
3. When was the last time you ate pizza?
Lama dah.. bulan lepas kot. Abg, jom pizza malam nie? hehe
4. The last song you listen to?
Lelaki Ini- Anuar Zain (Hot FM- masa drive pagi tadi)
5. What are you doing right now besides this?
Dokumentasi PTD dan YM ngan kakak
6. What name you prefer besides yours
Shila, Siz, Sizuka.. ramai yg panggey Sue jer.
7. People to tag
1. Lan Komunis
2. Najwa
3. Kavitha
4. Rina
5. Tepung Dedak
8. Who is no 1?
Member komunis paling pailang pernah aku jumpa.. Suka berkubang, dan diminati oleh lintah2 seantero alam... Kenal dari KPDN, jumpa lagi kat INFRA..
9. No. 3 is having relationship with?
Ganesh..
10. Say something about no. 5?
Cakap je lubuk mana banyak ikan, sure dia terjah punyer..hahaha.
11. How about no. 4?
Sepupu, skrg keje kat Arab Saudi.. dulu ada blog, skrg dah katop.
12. Who is no. 2?
Best fren yang paling best and the bestest dalam donia.. kawan susah dan senang. Love u friend!
13. Others?
tarak...
Kasut Baru
Untuk pertama kalinya, saya ingin menayang memaparkan kasut yang baru dibeli semalam. Selalu baca / tengok blog orang, beli kasut harga beribu2 pastu citer kat blog. Saya pun nak cuba gak le, best ke dapat buat citer pasal kasut dalam blog..?
Ni ler dia kasut saya. Cantik berkilau lagi.. selesa dipakai. Dan yang penting, M.U.R.A.H. Orang lain beli kasut sampai RM3,000.00... saya beli cuma RM30.00 jer.. hehehe.
Ape kes beli kasut pun nak masuk blog? Haa.. itula penangan blog. Semua benda kalo boleh nak citer. Citer pasal beli ketip kuku pun boleh masuk blog jugak tau...hahahah.. Utk yang belom ada BLOG, cuba la buat.. best tau. Segala benda mak nenek ko nak citer pun, orang pedulik hapa.. pasal, AKU ADA BLOG, KO ADA???
Sesungguhnya saya tidak sihat skrg ni. Jadi beginilah rupa entry saya dikala tidak dapat berfikir dgn waras.. :P
Thank you sweetheart!
Minggu lepas Nadhirah bagi kad ni. Terlupa nak citer.. thanks sayang. Mummy loves Nadhirah too..
Buah Hati Pengarang Jantung
Lama pulak tak tayang gambar boipren² Mami-Sue. Untuk mereka yang merindui gelagat hero²ku ini.. layan..
Macam ni la cara pakai songkok yang betul.. kene sengetkan sikit macam atok salleh selalu pakai...hehe
Sila abaikan objek yang berdiri tegak ka belakang tu. Itu adalah entiti yang tidak disengajakan masuk dalam ceropong kamera... :P
Akhirnya... Yesss!
Hehehe.. akhirnya berjaya jua. Usaha tangga kejayaan ye adik-adik!Level: Expert
Times: 396 seconds (396 tu pasal terpaksa hide kejap bila bos lalu kat belakang.. bos ilang jer, sambung le balik..hehe)
Wednesday, May 20, 2009
Tuesday, May 19, 2009
Remote ASTRO

Beginilah rupa remote astro kitorang. Siap berikat dgn getah, sbb penutup bateri dah takleh lekat. Pastu cover remote signal kat atas tu pun dah kopak.. Walaupun rupa remote ini amat menyedihkan sekali, namun ia masih berfungsi dengan elok. Ni sebenarnya semote ke-3 (kalo tak silap aku la..), yang ori punye dah lama K.O. Beli kat Nilai 3, RM15.00..heheh. Semua ni gara² ninja aku... dah tak terbilang baper kali jatuh terhempas atau sengaja dihempaskan.. panjang umo ko ye remote!
Dan apa pulak persamaan remote kopak aku ngan handphone pink kat sebelah tu?? Perasan tak apadia...?? Haa, samer kes la ngan remote aku. Belah atas tu KOPAK. hahahaha.. kesian betul aku tgk hp nih. Saper punyer la agaknya eih?? Kalo aku tau ape model hp kopak ni, boleh la aku tolong belikan casing yang baru.. hehehe. Kesian...kesian!!Monday, May 18, 2009
Sepintas lalu...
Saje mengimbau kenangan lalu.. Berikut adalah gambar Nadhirah masa kecil. Rindunya dengan bau baby dia.. :0)
Usia: 1 tahun 4 bulan. Mula belajar suap makanan sendiri.
Usia: 1 tahun 5 bulan. Jalan2 di Zoo Negara.
Usia: 1 tahun 10 bulan













