Syyhh... jangan ganggu yer... :o)
Thursday, April 30, 2009
Horey, horey! It's a holliday..
Syyhh... jangan ganggu yer... :o)
Wednesday, April 29, 2009
Saya sudah jatuh cinta..
Setelah menghabiskan duit menyopping baju anak² di Parkinson, saya melangkah masuk ke Burger King utk membeli burger kiriman rakan sepejabat. Dengan tidak semena-mena saya telah terbeli BBQ Cheese Burger yang berharga RM3.95 (tidak termasuk tax)..
Oh, alangkah sedapnya burger itu.. simple, hanya 2 keping roti, daging dan cheese.. BBQ saucenya sungguh marbeles.. wallah!! Sila lah terliur yer.. hehehe.
Burger King, sila bayar saya kerana telah mempromo product anda di BLOG saya yang sedang meningkat naik nih...
Jalan baik² tau...
"Kakak, nanti kat sana jalan dengan Teacher tau. Jangan jalan sendiri². Sentiasa ada kat depan.. kalo kat belakang nanti teahcer tak nampak kakak. Topi tu, angkat sket.. biar nampak muka. Botol air jangan lupa sentiasa sangkut di bahu. Supaya tak tercicir.. bla..bla..bla..."
Panjang berjela pesanan khidmat masyarakat Mommy kat Nadhirah. Hari ni dia ada lawatan ke Domino's Pizza dan Butterfly Park di Kuala Lumpur. Seronok dan teruja betul Nadhirah nak pergi lawatan. Senang sangat nak kejut dia pagitadi.. Sekali kejut, terus bangun.. tapi kalau hari² lain, kejut berkali-kali pun belum tentu bangun. Takot tertinggal bas...hehe.
Mummy doakan perjalanan Kakak selamat hendaknya. Semoga cuaca hari ini baik, tak hujan dan tidak terlalu panas.. Semoga semua teahcer sabar melayan karenah student yang bermacam-macam tu. Dan juga semoga semuanya mendapat manfaat dan kebaikan daripada lawatan ini..

Tuesday, April 28, 2009
DOWNLOAD & INSTALL SKYPE
Adik², hari ni kita belajar bagaimana nak Download dan Install program SKYPE.
DOWNLOAD
1. Klik SINI atau pergi ke http://www.filehippo.com/download_skype/ dan anda akan dapat seperti paparan di bawah:
2. Window seperti dibawah akan keluar.. Klik seperti yang ditunjukkan di bawah. Ataupun, anda telah mendapat paparan seperti di no 3.
3. Klik SAVE FILE
4. Tentukan destinasi.. kat My Document ke, Desktop ke, mana² lah.. Kendian tekan lagi butang SAVE.
5. Tunggu la sehingga korang habis download.. 100%.
INSTALL
1. Bila dah abes download, buka fail tu.. Nama dia: "FileSetupFull". Cari balik kat tempat korang simpan/save tadi..Double click fail tu..
2. Akan keluar paparan seperti di bawah: Klik button "I Agree-Install"
3. Paparan dibawah akan keluar, menunjukkan installasi sedang dilakukan. Tunggu sampai habis.. indicator adalah bar hijau kat bawah tu.. (dibulatkan)
4. Isikan maklumat terutama yang bertanda *. Pastu tekan NEXT
5. Contoh:
6. Pastu isikan alamat email.. dan tekan sign-in
7.Tunggu sampai benda bulat tu stop moving.. tunggu tau. Jgn tutup pulak.
8. Bila dah kuar windows seperti dibawah, menandakan anda telah berjaya install SKYPE.. Close je windows tu.
9. Di bawah adalah program SKYPE... Tahniah.. anda telah berjaya menginstall SKYPE. BRRRRAAAVO!
Okehla, sampai sini dulu. Nak balik dah.. kalo tak paham apa², esok ajela kita bincang yer.. baibai!
Yeay... akhirnya!!!
Alhamdulillah.. berjaya juga akhirnya saya melangsaikan hutang² saya di pejabat lama. Ini adalah bayaran terakhir saya... yeay..yeay. Maka dengan ini di bulan mendatang (Insya Allah) dapatlah saya survive sehingga ke hari gaji bulan berikutnya.. harap² lah begitu yer kawan²! :)
Sebenarnya ini adalah bayaran balik gaji.. Di mana pada tahun 2007 saya telah mengambil cuti tanpa gaji selama 2 bulan. Walau demikian, saya masih mendapat gaji seperti biasa. Dan gaji itu telah habis saya joli gunakan seperti biasa tanpa rasa bersalah. Hah, merasalah ko buat installment bayar balik gaji.. ish..ish.. memalukan betul.
Cuci kereta

Ada jual ke snow maker tu kat kedai?? Macam best jer kan.. boleh la buat pesta buih kat umah.. hahaha
Hari ni saya berpeluang memandikan City di kedai. Kesian dia, lama tak mandi. Dah ada tapak kaki kucing pun kat bonet depan.. Belah dalam jangan cerita, macam² ada.. Kereta 'Cik Abe' kena lah jaga betul².. nanti dia simpan kunci, g kerja jalan kaki.. huhuhu.
Minggu lepas, beli honeydew juice kat pasar malam. Pastu jemput budak 3 org tu kat taska. Tak sempat sampai rumah, masih di depan taska... Setengah cawan air tu dah tumpah atas seat. Ijau mewangi jer.. aduhai!! Gara² Danish buka cover cawan tu.. Seb baik boleh lap jer.
Semalam pulak, belikan Ore*o.. Comot sakan la mulut masing². Dan bersepahan lah oreo bersama cream coklatnya kat atas seat dan juga lantai kereta... Pernah juga terjadi chewing gum melekat kat body kereta.. uwaa. Dah keras baru kitorang perasan. Ini kes, buang chewing gum kat luar masa kereta sedang bergerak..
Macam ni lah kan bila dah ada anak².. Tak bley dah nak kemas berkilat macam dulu². Kalo ada pun tahan sehari ajer.. pastu kembali seperti biasa. Comot....
Ada juga opis mate yang naik kereta aku, pastu terlekat gula2 jelly kat baju dia. Mati² kitorang ingatkan dia dapat benda tu kat kerusi kedai makan.. rupanya bila masuk dlm kereta, baru perasan gula² jelly dari spesis yang sama bertaburan di dalam keter.. tidak syak lagi!
Nasib la kan...?? :P
*Hari ni dapat murah sket, RM8.00 jer. Bulan lepas kena RM10.00.. diskaun la pulak.
Monday, April 27, 2009
Lesen Memandu Tahun 70-an.
Sure ada diantara korang tak pernah tengok nih..

Hensem.. no wonder anak bongsunya cun melecun... hahahah.

Tempoh lesen: Dari 7 Jun 1971 hingga 6 Jun 1972.

Signature Abah dari dulu sampai sekarang sama jer... tak berubah.
Bukit Malawati
Sabtu lepas kami ke Kuala Selangor untuk mengunjungi SYABAS, nak setelkan urusan x-house kami di Puncak Alam tu ler.. Jauh betul rasanya perjalanan dari Bangi-Kuala Selangor. Rasanya macam hampir sama jarak Bangi-Muar. Habis gak le minyak setengah tangki.
Setel urusan di Syabas, kami meneroka Bukit Malawati pulak.. Hujung minggu, pengunjung perlu naik TREM utk ke atas. Tak boleh drive keta sendiri. Tiket cuma Rm2.00 je.. MakBudak² mmg exited. Masa naik ok, slowly jer. Dapat la tgk pemandangan yg menghijau. Tapi masa turun (driver lain, budak muda).. Mak aih. Laju gila. Dah le turun bukit. Kat satu tempat ni, trem terpaksa buat u-turn.. u-turn pun dia bantai laju. Kurang waras punyer driver. Lupa pulak aku nak salin no plate trem dia tu. Mangkuk betul.. Jom la layan gambar.


























Hasilnya, sampai ke hari ini perut kitorang meragam.. sumer kena c*rit b*rit.. adoi! Nyesal betul mkn kat situ. Apa nak buat, nasib badan.. selama ni makan kat branch S.Alam okey jer.. isk.