Monday, December 29, 2008

My Lovely Sister


Dalam banyak2 kakak, ini le kakak yang paling aku sayang. Sebab? Masakan dia power. Sodap banget. Hampir2 menyamai masakan arwah mak aku. Bila aku ngidam nak makan apa2, talipon je dia. Mintak buatkan. Sure dapat punyerlah.. Adik kesayangan lah katakan..

Gambar ni kitorang capture masa balik selayang Ahad lepas. Masing2 nak menayang tudung baru. Kakak aku kata, yg dia pakai tu tudung Ekin. Aku plak, tak tau tudung ape yang aku pakai. Tak kisah le, jangan tudung saji @ tudung periuk udah!!

Korang pernah tak dengar lagu tudung periuk? Lagu lama.. Husband aku terer sehh nyanyi lagu tu. Org lamalah katakan. Eh, ape kaitan tudung periuk ngan entry bertajuk My Lovely Sister nih... dah menyimpang nih. Ayuh kembali ke pangkal jalan.

Kakak aku ni kira somebody jugak lah. Tiap kali besday dia, satu donia cuti. Ntah ilmu ape dia pakai aku pun tak tahu. Tensen betul aku. Sebab, besday aku nak jatuh pada bari sabtu/ahad sikit nyer payah.. tapi dia tiap2 tahun, selamber jer cuti. Pulak tu, siap ada bunga api la, konsert la. Hish..

Selamat Panjang Umur kepada Kaklong. Semoga sihat sepanjang hayat, dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah.. hehe. "01.01.2009" yang ke: (rahsia)

Sesat di Kajang..


Kitorang terjumpa 1 tempat makan yang okey. Kira sedaplah jugak kat tekak kitorang nih.. ada ikan bakar, kerang bakar, roti canai, satey dan menu2 ala-carte yang lain. satey dia sedap. lembut je daging dia tak liat langsung. rempah ratus memang secukup rasa. menyerap ke dalam satey.. hish. tiba2 rasa lapar la pulak... kerang bakar pun sedap gak. must try kalo korang g sana...

nama restoran tu, JELIRA. cam pelik kan nama dia.?? (jelir aa...!! ) restoran tu kat kajang, taman APENTAHNAMADIA. aku lupa. terjumpa restoran ni pun sebab kitorang sesat kat kajang. hahaha. lawak... landmark yang aku ingat adalah kedai buku Pustaka Rakyat.. Sapa mahir kat kajang tau le kot kat mana tempat nih.

itu aje nak citer. aku nakg dapur jap, bikin nescafe. bye.

Friday, December 26, 2008

Kereta Idaman

Salam,

FYI, Aku minat giler ngan keta kat bawah nih.. "Tak dapat BMW 3 series, yang ni pun jadik la." ;) Paling aku suke yang warna brown.. Hish, dapat rasa naik sekali pun jadi la. Size civic ni kira masih ok la ngan badan aku yang comel nih. Takder la nampak sangat macam kereta pinjam.. hehe. Kasi can la ekk aku berangan sekejap.

Tapi kan, lepas je Honda launch model city yang baru.. Walahwei, terus tergoda. "Tak dapat civic, city pun jadik la..". best kan ayat tu. Tu nama dia, AYAT BANGUN MEMBUAT.

Nak beli memang sah2 tak mampu. Sebulan gaji buat bayar keta jer. Nak isi minyak ngan apa? Air Paip?? Oleh kerana itulah aku masukkan entry khas pasal kereta idaman kalbu ni..

Ada ke sapa2 terasa kesian kat aku?? Kot la ada orang nak belikan satu....

Walaubagaimanapun, aku tetap sayang dan chenta sama keta skrg ni. Walaupun kecik tapi takder masalah. Minyak pun jimat. Lekuk sket2 adatla kan? Alangkan keta husband aku pun ada lekuk2 gaks.. heheh. (Jenis org sebelah parking rapat2, pastu buka pintu sampai berdentum ngan keta kita). Harapan aku supaya kereta ni dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik pada aku sampai bila-bila.



Err, enrty ni jugak sebenarnya adalah utk mengingatkan kepada seseorang.. "Biler mau tolong serviskan kereta Sue aaaa?"

Sekian.

Tuesday, December 23, 2008

Andai Ku Tahu...


ANDAI KU TAHU - Ungu

Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucapkan kata taubat padaMu

Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku

Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertaubat padaMu

Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di syurga

Sunday, December 21, 2008

Deko Taman

Salam,

Sedikit pengubahsuaian dibuat untuk menampakkan kelainan. Ini pun sepokok dah RM25 sebatang siap tanam. Kalo pokok yang lebih canggih, pergh... Rabak poket siot.. Korang kalo ada member2 jual pokok hiasan murah2 bgtau aku eh. Takpun, kalo korang tau saper2 leh buat gazebo guna tiang letrik lama pun silalah bgtau aku.. baru glemer umah ada gazebo, cam umah org kaya2 gitu.. wakakaka..

Upacara mengalihkan pokok limau yg takmau berbuah ke belakang

Sepakat membawa berkat. Kasi sapu itu tanah + batu bersih2 ya anney!

Wokey, ini 5 pokok sudah siap tanam bos.. Err, itu pokok boleh keluar bunga $$$ kaa??

Setelah dikemaskini semula oleh tuan rumah aka tuan tanah kedaung


Ini lah pokok jasmine..


Untuk setakat ni, itu aje yang ditambah. Insya Allah dapat masa terdekat ni akan ada perubahan lagi.. tunggu!!!


Danial lagi...

Masa terluang hari Ahad lepas kitorang gunakan sebaik mungkin utk taram rambut hero2 kesayangan kitorang nih. Hajat hati sebenarnya nak repair rambut Danish je. Tapi Danial pulak yang excited nak potong rambut. Haa, pucuk dicita ulam mendatang.. Boleh mummy dan daddy ber'eksperimen' dengan benda alah baru nih. Yeeha..

Mummy dah tarok bedak banyak2 kat badan dan muka saya. Supaya nanti rambut tak melekat. Dan saya jugak takderla tergaru2 persis binatang yang kat Zoo tu! Ops, sensored sket. Utk 18 tahun ke atas je leh tengok..


Sekarang aku sudah pakai bedak banyak2, chantek tak?


"Ibu ayam dikejar musang, anak ayam cari ibunya, ibu ayam berlari, terus lari, dan ditangkap musang....." (sambung sendiri). Danial menghibur hatinya sendiri. Klok, klok, klok!!!

Mamak, kasi botak licin aaa..!!
Perhatikan gaya Danial duduk. Agaknya dia geli sebab rambut2 tu mencucuk vontot dia.. hehe. Sori eh Danial, Mummy silap strategi...


"Geli la Daddy!! Rasa macam benda tu nak makan telinga kita!!"
hehehe

Mari makan bersama Danish

Salam,

Danish sekarang dah besar. Nak makan sendiri. Takmo disuap. Bagus la, senang kerja Mummy.

Tapi susah part lain pulak. Part mengemas. Selain dari kena cuci pinggan mangkuk, kena pulak basuhkan tangan dan muka Danish, mop lantai, cuci baby chair, mandikan Danish sekali. Argh.. Ini bukan win-win situation nih!!


mummy ni, saya dah nak habis makan baru nak ambil gambar. senyum ajer la.. cheeese!


nak sikit? meh sini saya suapkan..


leceh guna sudu tak dapat2, pakai tangan gak senang.. eh, silap tangan da!! ni tangan cebok.. eii.


nyum.. nyum. nikmatnya dapat makan. sedap betul mummy saya masak. sehingga menjilat jari.

Thursday, December 18, 2008

Aksi Danial

Biodata:-

Nama: Muhammad Danial.
Umo pada hari ini: 3 tahun 9 bulan 1 minggu.
Tarikh Lahir: 11 Mac 2005
Makanan kegemaran: Nasi + kuah, tanpa lauk pauk.
Minuman kegemaran: Sirap + Anggur.
Rancangan Kegemaran: DIBO The Dragon
Tabiat: Sangat susah nak bangun pagi. Bila dikejut, dia makin tarik selimut dan tutup muka ngan bantal.



Butir-butir kejadian:-

Pesen Danial ni, bila nak poo-poop, dia mesti nak togel. Bukan saje buka seluar, dengan baju2 sekali dia buka. Agaknya supaya baju dia tak terkena poo-poop dia masa tengah 'membuang' nanti. Tapi, bila dah selesai hajat dia.. sikit punyer susah nak pakai semula seluar + baju dia. Suka hati je dia togel lari2 dalam rumah.. hadoila.. Dah le awak tu dah sunat..

Satu hari, lepas dia selesai membuang benda terkumpul di usus besar beliau.. macam biasa, takmo pakai seluar baju. So, macam2 la aku ugut dia. Last2 dia pakai gaks.. tapi nak tau camana gaya dia pakai??? Haa.. tengok ni..


Ade ke patut dia masukkan dedua kaki dia dalam sebelah kaki seluar?? Pastu tarik seluar tinggi2 sampai dada gaya alibaba bujang lapok.. Hadoila.. Pecah perut kitorang gelak. Bayangkanla, nak berjalan camana? terjerit2 la aku soh dia betulkan balik seluar tu, tapi buat derk jer..


Kebetulan masa tu melintaslah seekor ulat gonggok. Apalagi, Daddy ugut nak masukkan ulat gonggok tu dlm seluar dia. Menggelabah habis.. nak lari dah takleh. Masa ni paling lawak. Dia terlupa yang kaki dia dedua dah terikat ngan seluar tu. Tergolek2 la dia. Last2 danial ngensot2 nak selamatkan diri.. heheh


takut betul danial.. hehe. tula, nakal lagi. kan dah kena penderaan emosi.. tengokla kaki dia tu. hish.. kembang la seluar tu danial oiii..


close-up sket.. tengok tangan dia sebelah tengah pegang sebelah kaki seluar. hehe.. kitorang takder la masukkan betul2 ulat gonggok tu. acah2 ajer..

lepas kejadian tu, tak berani dah danial buat seluar mcm tu. tau takooott....!!

Tuesday, December 16, 2008

Jalan2 cari ubi

Salam,

Masa balik kampung beberapa minggu lepas, kitorang terjumpa sebuah gerai yang menjual hasil kampung seperti ubi, keledek, pisang dan lain2. Kitorang pun belilah sket ubi kayu dan keledek. Ujan2 ni mkn ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis memang best.. pekena plak kopi o.. pergh. Memang syiok la. Tak sangka rupanya ramai peminat ubi rebus rupanya. Ingatkan aku sorang jer.. Sekali rebus terus licin. Sehingga menjilat jari jemari..



Inilah ubi kayu 3 bulan.. nape 3 bulan eh?? mungkin sbb dia tanam 3 bulan je kot.
rebus sekejap je dah empok.. nyum..nyum.


Yg aku pegang tu plak Keladi. Pelik betul bentuk dia. Mcm tangan monster jer.. eii.


MIL tengah membelek gula kelapa. "Buat masak pengat sedap nih!"


Dalam gerai pun sebok nak posing.. hehehe


Dalam perjalanan balik, Danial dah belasah gula kelapa yang nenek dia beli.. Cheh. Gula tu pun jadi ke?


Sedap ye Danial? Pasni senang lah mummy, beli 2 peket bleh tahan 2 bulan kot. Hehehe

Di malam raya yang lalu...

Salam,

Di malam Hari Raya Aidiladha yang lalu, kitorang telah berjaya menyerbu rumah salah sorang geng KE kat Seri Pajam. Saper ek? Agak2 korang kenal tak saper yang dok kat Seri Pajam tu? Jom kita skodeng umah dia.. Jeng, jeng, jeng..

Pandangan hadapan rumah beliau


Lembaga kuning tu saper ekk? Uiks, siap ada tanduk lagi.. hahaha


Nyam-nyam, sedapnya kari ayam..


ni pulak rendang daging.. aiyak, terliur dah nih!!


Ni yang tak bley tahan, lembut, lemak berkrim disukai ramai.. Lemang!!! Mana ko beli aaa lembaga kuning!!?? hehehe


Adam tengah bz entertain tetamu yang pakar dalam bab sepahkan mainan..
Siap taknak balik lagi tu.

Monday, December 15, 2008

Aktiviti Hari Minggu

Salam,

Hujung minggu lepas kitorang beramai2 pergi memeriahkan majlis perkahwinan anak kepada sepupu aku (sebelah abah)... tu dikira 2 pupu ke? Kupu2? hehe.. majlis diadakan di Kelang, Selangor. Cuaca baik, tak panas sgt.. tak ujan. Yg kawen tu 2 orang sekali gus.. dedua lelaki. Iwan & Faizal. Tahniah to both of u.. (mcm la diorang tgk blog aku..).

Aku paling suka masakan sambal tempe ngan acar buah. Sedap banget. Maklumlah, kelang ni kan area org jawa.. sambal tempe tu kalo takder alamat tak berseri lah majlis.. Jom layan gambar.

Pengantin 1: Faizal. "Lembap tul diorang ni jalan. Aku dah berpeluh2 nih.."


Pengantin 2: Iwan. "Yang, tengok pasangan sebelah... tak vogue kan? Kita lagi vogue!! "



Jemputlah masuk yer.. Jangan malu jangan segan.



Singgahsana raja sehari. Chantek la.


Syok gak layan cempuling nih. Jarang jumpa show camnie. Cam dah nak pupus jer.


Tu dia vokalis cempuling.. Yeah.. rock Tok.. kasi GEGARR!!!


Nadhirah dari kecik2 lagi memang minat tgk live show. Teruja betul dia..


Danial dan danish pun sama. Takmo pandang camera langsung. Ralit tgk atok2 tu bergendang.


gendang gendut, tali kecapi, pilot gendut, stewardess lari..
hehehe


"Ape? Nak sikt kerepek..? Mana boleh! Ini kerepek aku yang punya..." kata Kaklong



"Tu dia.., penangan nasi minyak sudah mari. Naik darah tinggi aku. Sib baik le doktor ni comel.. sejuk sikit hati. Doktor singgle lagi ker?? " kata Abah dlm hati..
Ya Ampun... hehe. Gurau2 je Bah, jgn marah.

Aktiviti malam minggu


Oh Bulan

Subhanallah.. cantiknya bulan.
Gambar ni aku capture sendiri tau.. Hins..hins!


Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara

Mmm.. mmm...

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

(by P. Ramlee & Saloma)

Friday, December 5, 2008

Love kids