Sunday, November 30, 2008

Untukmu Ibu

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu



Emak potong kek sempena Hari Ibu (8 Mei 2005)
Semalam, 30 Nov adalah hari ulangtahun kelahiran Emak.



Emak...
Kita rindu nak cium tangan Emak.
Kita rindu nak cium pipi Emak.
Kita rindu nak dengar hilai tawa Emak.
Kita rindu nak dengar leteran Emak.
Kita rindu nak tengok senyuman Emak.
Kita rindu nak rasa masakan Emak.
Kita rindu sangat-sangat kat Emak.
Tak dapat nak describe macam mana rasa rindu kita pada Emak.

Emak...
Allah lebih sayangkan Emak.
Mak pergi jua tanggal 12 Jun 2007, dikala usia Emak 59 tahun.
3 tahun lebih Emak menanggung sakit.
Kita bersyukur kerana sempat bersama Emak di hari-hari terakhir Emak.
Kita dapat temankan Emak menunggu 'esok' hari.
Kita berpeluang mandikan Emak untuk terakhir kali.
Kita dapat juga hantar emak ke destinasi Emak yang terakhir.
Kita dapat bantu siapkan tempat persemadian Emak.
Kita bersyukur sangat sebab diberi peluang keemasan sebegini.

Emak...
Emak umpama sudah tahu masa untuk pergi.
Emak minta kita masakkan lauk kesukaan mak.
Kita suka tengok mak makan dengan penuh berselera.
Kita dan Kaklong takkan dapat lupa 'detik' itu.
Kita habiskan masa bersama, melayan Emak berceloteh itu dan ini.
Urut dan lap badan Emak bila Emak rasa tak selesa.

Emak...
Sekarang, kita rasa lonely.
Tanpa Emak, hidup kita rasa lain.
Memang kita ada family sendiri.
Tapi, tanpa insan yang bergelar Emak, hidup kita tak complete.
Kalau ada khabar gembira, Emak orang pertama yang kita beritahu.
Kalau hati gundah gulana pada Emak jua kita mengadu.
Bila sakit nak bersalin, kita nak Emak ada disisi selalu.
Kita pasrah dengan takdir Illahi.
Kepada Allah Emak telah kembali.
Semoga bahagia menjadi milik mak yang abadi.

Ya Allah,
Kau ampunilah dosa-dosa Emak yang telah lalu.
Tempatkanlah dia bersama hamba-hambamu yang Engkau kasihi.
Berikanlah dia sahabat yang lebih baik dari sahabatnya di dunia.
Kurniakanlah dia kesihatan yang lebih baik dari kesihatannya di dunia.
Doa kita sentiasa mengiringi Emak.
Berbahagialah Emak di sana.

Kita rindu sangat-sangat kat Emak.


-Sheila-

Wednesday, November 26, 2008

Amazing..!!

Butir-butir Kejadian seperti di bawah:-

Tarikh : 27 Nov 08
Masa: 2:23pm

Salam semua.

Aku sangatlah terkejut tahap gaban, bila tgk online user adalah 16 orang. Huh.. biar betul?? Ramai ke yang baca blog aku yang tak seberapa ni. Jangan kata aku buat cerita yer! Tengok gambar bawah ni, yang dalam bulatan merah tu..



Ish. Biar betul, biar betul-betul.. ??


Okeh, tengok yang ni pulak. Wowzio Live Activity Feed. Hik, hik. Yeke orang dari negara sana yang baca blog aku? Ataupun sebenarnya IP diorang yang route ke negara tu? Hmm..


Apa2 pun, aku sangatlah berterima kasih kepada anda semua yang sudi sinnggah blog aku ni. Lenkali bg la sket komen, baru bersemangat aku nak hapdet blog ni. Kalo kesudian, meh la kita bertukar-tukar link.. :o)


*Adakah ini satu propaganda dari pihak tertentu utk membuatkan aku berasa di awang-awangan... hiks!

Danish oh Danish

Profile:

Nama : Muhammad Danish
Umur: 1 tahun 10 bulan
DOB : 31 Jan 2007
POB : SMC, S.Alam
Hobi : Menggugat ketenteraman Kakak & Abang beliau serta sepahkan rumah
Fav Food: Pasta
Fav Drink: Sume pun boleh (Susu, Ribena, Sirap, Milo, Nescafe, Teh Tarik, Coca-Cola, bla..bla..bla)


Cantik tak gigi saya? Putih kan..



Ini la play land saya kat umah. Best tau. Kalo main nyorok2, leh nyorok kat sini.



Ish, sepah sangatla. Kemas sikit.



Penat lah pulak menonggeng tadi. Rest jap, sakit pinggang dah ni.



Ape benda la yang terselit kat ujung lemari ni, payah tul nak amik..




Itu le salah satu aktiviti Danish kalo dok kat umah. Sampai hari ni, lemari tu kosong jer. Takleh nak isi apa2, sebab nanti dia 'kemas' semula ikut citarasa dia.


*Pssst..Daddy, tolong le pikirkan something. Naik jenuh Mummy nak ngemas wehh..

Abah

Salam,

Abah aku memang suka bercucuk tanam dan menternak haiwan. Sekeliling rumah memang penuh dengan tanaman. Dari pokok bunga sehinggalah ke pokok buah. Rambutan, mangga, jambu, orkid, bunga raya (byk kaler oo, sebut je nak kaler apa..), Sayur2an.., cili, serai, kunyit, sawi, kangkung dan macam2 lagi lah. Terlalu byk. Senang citer nak masak apa, bleh petik je kat belakang/tepi umah. Bab menternak pulak, setakat ni yang ada ayam kampung, burung merpati dan arnab. ni paling minimum lah. sbb tak larat nak bela kalo dah byk2 sgt.

Dulu masa aku kecik abah pernah bela ayam belanda.. (ayam yg bunyi klok-klok, pastu ada jurai2 kat leher dia). Ayam tu dulu pantang tengok motor masuk dlm kawasan umah kitorang. sure dia kejar pastu patok kaki org yg bawa motor tu. ayam tu tak suka kalo ada ayam lain cari mkn kat kawasan umah kitorang. memang dia hambat la.. mencicit ayam2 lain lari. kiranya ayam tu hero lah, jaga kawasan umah kitorang. seronok betul.. aku sayang sangat dulu ayam tu. kalo boring2 kat umah, aku jerit jer dari dlm umah... ayam belanda tu kat reban akan menyahut.. klok..klok..klok.. hehehe. best tau. kira mcm aku ada kebolehan berinteraksi ngan ayam le dulu.. :P Aku tak igt ape kesudahan idup ayam tu. rasanya abah bagi kat org utk buat lauk. kitorang tak lalu lah nak makan.. rasa cam makan 'kawan' sendiri pulak.. huhuhu

sekarang ni arnab abah sangatlah produktif. kejap2 beranak.. kejap2 beranak. bukan sekor, tapi kembar 4 lak tuh. hadoila.. penat abah aku nak membidankan mak arnab tu. hehe. pastu silap sket, bapak arnab tu akan makan anak dia. hmm, ni baru betul mcm 'haruan mkn anak'. betul nih.. tak tipu. kadang2 anak arnab tu pulak yang jadi mangsa tikus2 liar kat reban. sian eh, umor tak panjang. nasib ko lah nab oi...

Ini adalah belimbing buloh. Campur dalam masak lemak ikan atau sardin sedap! Ada orang tambah dlm sambal belacan..



Ni cili akar. Bukan cili ijo yang besar2 tu tau. Byk gilos, abah tau tanam jer. Tapi tak petik ambik pun.


ni pulak payapa.. hehe


ni tumbuhan herba, utk buat ubat. lempoyang kot nama dia. kalo tak silap aku la.


ni salah sekor arnab generasi terbaru. kecik2 cantek jer, putih bersih. dah besar sok, comot banget.

Dari kiri: Abg Long, Kak Ngah, Kak Cik dan Busu..
:P

Tuesday, November 25, 2008

Let me tickle ur heart..!

Apa tengok2? Gua cucuk mata lu orang baru tau..!!


Anak gua kepingin nak g zoo, tapi gua malas nak bawak. Gua transfer ajelah jadi Seladang jap.. Grrr.


Time ni gua tgh nak transfer jadi Superman, tapi gua takmolah pakai spender kat luar. Buek malu yoo..


He he he.. Saper la ni yer?

Kejadian tak diduga

Salam,

Semalam masa on the way balik dari opis, rasa tak best je drive. Hati pun rasa tak sedap. Masuk kawasan perumahan, berhenti jap depan kedai. Check tayar empat2, clear. Ok jer. So masuk keta sambung drive nak g amik anak2 kat taska.

Kuar jln besar. Ada simpang ke kiri menuju je perumahan flat. Tapi aku nak terus jer. Dah dekat nak sampai simpang tu, ada sebuah motosikal kuar dari simpang kiri tu. Ditunggang oleh 2 budak pompuan (student kuis kot?) dengan berbaju kurung lagi. Tapi, humanggaaihh. Laju gila siot.

Diorang sampai kat simpang tu, tanpa menoleh kiri kanan apalagi berhenti.., laju jer lap masuk kanan. Aku plak ada kat situ.. Pergh. Berderau darah aku. Sebelum diorang cross lagi aku dah bunyikan HON byk kali. Tapi laju jugak diorang. Tak dengar kot. Aku nak emergency brake tak sempat dah. Dekat sangat.

So, aku pun himpit ke lorong kanan dan berhenti atas rizab jalan. Nasib baik motor tu sempat mengelak (akhirnya dia nampak gak kewujudan keta kecik aku atas jalan). Aku rasa jarak cuma 1 inci je motor diorang ngan body kereta aku masa dia lipat mengelak tu. Huwaa... Sib baik la tak kena.

Hasilnya diorang jatuh. Aku taktaula camana gaya diorang jatuh. Sbb masa aku tengok, masing2 dah bangun cuba angkat motor. Aku dah menggigil dah. Nak nangis pun ada. Salah aku ke? Salah dia? Yang penting aku tak langgar dia, dan dia tak langgar aku. Kalo tak sure diorang lagi sakit. Kereta aku pun sakit gak weih.. hehe. Masa benti tu, aku buka pintu. Tengok diorang dari jauh jer.. Nak datang dekat, rasa mcm tak kena je. Yela, aku pun pompuan gak. Paling dapat pun, aku cuma TOLONG TENGOK je la kan...hehe. So baik aku tolong tengok dari jauh jer. (Kejam ke aku? Oh tidak..)

Sebenarnya aku malas nak g dekat2, takut nanti jadi perang mulut plak. Masing2 for sure tak ngaku salah kan. Ada pulak nanti adegan tarik2 rambut. hehehe.. So, moral storynya adalah:

  1. Hati2 memandu tak kira di mana anda berada. Di tempat orang atau di tempat sendiri.
  2. Sentiasa ikut arahan papan tanda jalan. Bukan nya JKR tu saja2 je pacak tanda BERHENTI kat simpang tu. Bukan boleh buat tempat sidai kain pun..
  3. Kalo korang yang memerhatikan kejadian tidak diingini, ringan2kanla tulang tu membantu mangsa. Sbb smlm, masa budak2 tu jatuh motor.. depan mata aku betul2 ada 2 org lelaki yg sihat walafiat dan waras (kot?) dok tengok sambil ketawa kat tepi jalan. Takder pun nak tolong budak2 tu angkat motor diorang yg berat tu. Hish..
Kepada korang yang terlibat semalam (kot2la terbaca blog aku ni kan..) aku mintak mahap la yer. Ko lenkali janganla bwk motor lelaju masa kuar simpang.. bahaya utk kesihatan ko, tau tak??

Dahla. Penat aku membebel. Ish.. lapo la pulak sejuk2 nih.

Sekian.

Monday, November 24, 2008

Aktiviti di petang Sabtu



Salam...,

Terlanjur ada tetamu kar umah ujung minggu lepas, kitorang ajak bersantai di taman di Empangan Putrajaya (berhadapan PICC). Nama formal tempt tu tak tahula pulak. Kitorang sampai pun dah lewat. Bih kurang kul 6.30. Orang masih ramai lagi. Buaian sumer penuh, kena tunggu turn baru leh naik.

Masa kitorang sampai, takder sorang pun yg main layang2. Lepas je kitorang berjaya naikkan 3 layang2, orang lain pun mula keluarkan layang2 masing2.. . Agaknya diorang malu/takut nak mulakan. Manalah tahu kot2 kena marah ngan pak guard nanti.


Daddy sedang bertungkus lumus menyediakan layang2 batman kaler purple.


Pejul plak siapkan layang2 batman itam yang garang.. grr!


Danial beraksi mengawal layang2 daripada jatuh terjunam




"Eii.. Bird!! Bird!!" Bukan bird lah sayang, tu kan layang2...



Tu dia.. nun di atas sana.


Walaupun sekejap, kami semua seronok. Credit to Daddy kerana memberikan IDEA yang bernas ini.

Sunday, November 23, 2008

Perspektif...





Celcom 3g Speed



Speed paling laju pernah aku dapat since subscribe celcom 3g. Di atas adalah screen capture masa kat opis, INFRA Kajang. Tapi kalau kat umah (putra mahkota) memang hampeh. Kura2 lagi laju...



Friday, November 21, 2008

Makan Ubat...


Salam,

Sekarang ni cuaca tak menentu. Kadang panas sampai ke malam. Kadang hujan selebat2nya. Kesan dari global warming le nih. Jadi kesihatan kita pun tak menentu, ada pasang surut cam airlaut.

Nadhirah dah seminggu batuk. Dah mkn antibiotik dan ubat batuk pun tak berkesan. Kebal sungguh lah virus tu. Semalam g klinik mintak tukar ubat lain yang lebih power. Alhamdulillah semalam nampak dah kurang sikit batuk masa tgh mlm. Kalau tak, sure muntah punyer. Batuk mcam nak terkeluaar anak tekak.

Nadhirah memang payah nak mkn ubat. Kena paksa dan janji macam2 baru leh jalan. Tu tak termasuk kes muntahkan balik ubat yang dia dah telan. Huh, stress betul kalo nak suruh dia mkn ubat. Berbeza dengan Danial. Dia ni senang sikit nak pujuk. Kalo nak muntah pun cecepat dia lari gi toilet. Tak pernah lagi terbarai muntah dia kat lantai...hehe.

Danish lagi spesel. Dia nih terAMAT SENANG lah nak mkn ubat. Ubat orang pun dia sebok nak mkn samer. Masukkan ubat dlm syringe, pastu bagi je dia pam sendiri masuk mulut dia. Tak kiralah bape botol ubat pun nak suruh dia telah. No problem! hehhe.. Bersyukur sangat lah dalam 3 org anak, dapat sorang yang mcm ni.

Situasi kat bawah ni terjadi masa nagi Nadhirah dan Danial mkn ubat mlm semalam.

Mummy: Sedapnya ubat kakak ni, rasa mcm air yogurt jer.
Nadhirah: Ye la Mummy. (Terus telan tanpa ragu2.. yes, menjadi juga taktik aku)

Masa Danial pulak mkn ubat;
Danial: Hmm, ubat Danial pun sedap jugak. Rasa macam PLASTESIN.

Hehehe.. Hadoila. Korang jangan salah sangka pulak yer. Aku tak pernah bagi anak aku mkn PLASTESIN tau. Aku rasa yg dia maksudkan tu adalah bau ubat tu sebenarnya. Bau macam plastesin Play-Doh. (Sape penah main play-doh, tau la bau dia camana)

Macam-macam! :0)

Thursday, November 20, 2008

Mari Berkenalan

Salam,

Jom kita teropong apa Nadhirah dapat utk hadiah besday dia hari tu.


Comel je kan? Geram jer tengok.., rasa nak picit2 je pipi dia.


Yang syoknya Barbie ni, dia sangat fotogenik. Korang buatlah posisi ape pun, chantekk ajer. Hish.. rasa time ni jugak nak transfer diri sendiri jadi Barbie. PUFF!!


Ececeh, siap posing duduk aatas play-doh lagi.



Dia ni pulak rupa cam mexican sket. Sweet jugak. Tapi seksi you..



Kasi tutup sket ngan rambut dia.. heheh



Fullamak, posing maut. Sib baik kaki tu bersilang. Kalo tak naya je. Tapi kan, nape perut dia nampak cam pregnant eh? Hmm, mamat mana yang punyer kerja ni?



3 sekawan. Dari kiri: Esah, Tipah, Melah.



Agaknya mamat ni la punye angkara ye. Tipah tertipu bang, tipah tertipu!!
Oh, sekarang ko bersuka ria dengan yang baru pulak yer. Dasar lelaki... (Ish, emo pulak. Sori ye sang lelaki yang membaca entry ini)



Yeah, posing time.. Si purple tu sebenarnya tak di ajak bergambar sekali. Tiba2 nak jugak dia menyelit kat tepi.. Yang belakang tu pun sama. Tiba2 je terjojol kepala dia kat tengah.. hampeh. Tensen je si biru ngan si pink.



Tak syokla, takder nama utk diorang (orang ke? hehe). Apakata korang sebagai pembaca blog tegar aku bagi cadangan nama yang sesuai utk diorang. Nama yang paling unik dan best akan dikira sebagai pemenang. Tarikh tutup adalah 2 minggu dari sekarang. Ada hadiah tau, jgn main2. Korang postkan kat KOMEN. Wokeh.


Sekian dari bilik berita.



*ada ke orang baca blog aku ni? Syok sendiri nampaknya.. Peraduan kunun. Piiirah!

Tuesday, November 18, 2008

Majlis Harijadi Saya - Nadhirah

Salam Semua,

Hai! Saya Nadhirah. Umor saya 5 tahun. Harijadi saya adalah pada 7 November atau dalam ayat lain Seven Eleven. Kalo gi Seven Eleven sentiasa lah ingat saya. :o)

Pada hari Sabtu yang lepas, Mummy dah aturkan satu majlis kecil utk meraikan hari jadi saya. Kitorang buat kat umah Atok di Selayang. Meriah sangat. Terima kasih pada semua yang sudi hadir. Saya seronok sangat sebab dapat banyak hadiah. Lagi2 hadiah yang sangat saya idam2kan.

Kita tengok gambar lah ye? Lagi best.



Semua khusyuk tengok Abg Safwan hidupkan lilin. Baik2 ye Abg Safwan, nanti tertenyeh kek Nadhirah.. hehehe.



Tengoklah Pak Ngah tu. Sempat lagi dia menyelit.


" Ish, saper pulak yang melepaskan gas beracn time orang nak mkn ni?? Hampas betul!!" komen Danial di dalam hati


"Harap2 Azim tak pulangkan balik bekas batman yang Mummy hadiahkan kat dia bulan lepas" Nadhirah

"Thanks kak Arisya, sbb bagi Nadhirah hadiah. Nanti Nadhirah bg hadiah masa besday kak Arisya nanti" Nadhirah (Mummy: Aiyo..kopaklah aku bulan depan).



Sayanggggg Maklong!!! Muahh.. Tima kasih daun keladi, tahun depan bagi la lagi.


Atok berjaya menjadi magician mlm tu. Atok memang ROCK la. Wa caya sama lu Atok!!!



Hadiah yang dikongsi duit pembeliannya oleh Kak N, Hariz dan Azim. Ni pakat kumpul duit belanja sekolah ke, POW duit mama?? Anyway, mekacih!


Tengok lah hadiah saya.. banyak kan? Seumur hidup baru ni dpt hadiah byk. Tahun2 lepas Mummy pun tak bagi hadiah.. (Erk??)


Orang yang memeriahkan majlis saya




Comel tak saya? Sebenarnya waktu ni saya tengah demam. Tapi oleh kerana dapat banyak hadiah, terus sihat. heheh.. best nya.